AKTIVITI DI SEKOLAH MENENGAH SG PELONG.(KUMP 2)
1- MENYANYIKAN LAGU TEMA( SATU PERJUANGAN)
2- BAHAGIKAN KUMPULAN MENGIKUT WARNA
- ice breaking
- perkenalkan diri
3- CHEERS
- setiap kumpulan mesti mencipta satu cheers
- tepukan dsb
4- PUZZLE
- kita akan bagi dua gambar yang sama
- satu gambar yang lengkap akan di berikan kepada setiap kumpulan
- satu lagi gambar akan dibahagi (di masukkan dalam balang)
- wakil kumpulan akan mengambil enam keping gambar di dalam balang itu.
- mereka perlu mencari dan mencantumkan kepingan gambar itu menjadi gambar yang lengkap sepertimana gambar yang ada pada mereka
- mereka perlu berkomunikasi dengan kumpulan lain untuk mendapatkan kepingan gambar yang tercicir.
5- KEMAHIRAN BERFIKIR
- setiap kumpulan mencipta satu perkataan
- semua perkataan yang dicipta akan di masukkan kedalam balang
- wakil kumpulan akan mencabut perkataan tersebut
- tugas yang mereka perlu buat ialah mencipta sebanyak mungkin perkataan daripada huruf yang ada dalam perkataan itu.
6- RADIO KARAT
- semua ketua kumpulan akan berjumpa dengan fasi
- fasi akan beri arahan kepada ketua untuk disampaikan kepada ahli kumpulan.
- fasi yang ke dua pula akan memberi arahan kepada anak buah yang berada dalam kumpulan itu.
- arahan yang diberikan kepada ketua ialah
- pak hasan pergi ke kuala lumpur bersama isterinya rahimah, dalam perjalanan mereka ternampak seeekor monyet diatas pokok. monyet itu memegang straw di sebelah tangan kanan dan menggenggam bunga disebelah tangan kiri, monyet itu memakai baju melayu berwarna biru dan berkain pelakat jalur-jalur kuning
- arahan yang diberikan kepada anak buah ialah
- pak hasan pergi ke kuala pilah menaiki kereta bersama anaknyanya rahim, dalam perjalanan mereka ternampak seeekor monyet diatas pokok. monyet itu memegang straw di sebelah tangan kiri dan menggenggam bunga disebelah tangan kanan, monyet itu memakai baju melayu berwarna merah dan berkain pelakat jalur-jalur hijau
7- GAME
- fasi akan memberikan setiap ahli kumpulan satu perkataan dan meminta peserta menyanyikan lagu denga perkataan tersebut
No comments:
Post a Comment